Thursday, 10 September 2015

Tart buah-buahan



      Wah, macam best je nih! Sya sendiri pun tergila-gilakan tart buah-buahan tau! Tapi selalunya Sya beli je kat kedai. Sebab tulah Sya beria-ia sangat nak tulis dalam blog ni. Jadi, ayuh kita buat! :D




Tart Buah-Buahan

Gambar ni pun cari kat internet sebab baru nak buat. Jangan marah!





Pastri:
  • 62 g mentega
  • 62 g gula kastor
  • 125 g tepung serbaguna
  • 2 g garam halus
  • 1 atau 2 sudu teh susu UHT

Inti:
  • 250 ml susu UHT
  • 70 g tepung kastard
  • 5 g tepung jagung
  • 100 g gula kastor3 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Hiasan:
  • 2 biji buah kiwi
  • 2 biji buah pic
  • 4 biji buah strawberi
  • 50 g jeli aprikot

Cara membuatnya:
  • Putar mentega dan gula kastor hingga kembang. Kemudian, masukkan tepung, garam dan susu. Gaul hingga menjadi adunan (doh).
  • Bentukkan adunan menggunakan acuan tart dan bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
  • Untuk menyediakan inti, masukkan susu, tepung kastard, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.Gaul sebati dengan menggunakan api pada suhu sederhana.
  • Masukkan telur dan esen vanila. Gaul lagi hingga pekat.
  • Masukkan inti ke dalam kulit tart yang telah dibakar tadi dan letakkan buah yang telah dipotong mengikut kesesuaian.
  • Akhir sekali, sapukan jeli aprikot ke atas permukaan buah untuk kelihatan berkilat.

Tip:
  • Boleh juga menggunakan buah-buahan yang lain mengikut selera anda sendiri.
  • Kalau suka, anda boleh gunakan acuan tart kecil untuk mendapatkan tart buah mini.

Wednesday, 9 September 2015

Waffle Rangup



      Hai! Kali ni Sya nak kongsi resepi waffle rangup. Sya dah tau korang mesti suka makan wafflekan? Haa... Sekarang bolehlah buat sendiri di rumah ya!


Waffle Rangup

Wah, ni dah kira melebih-lebih ni!




Bahan-bahannya:
  • 2 biji telur ayam
  • 500 g tepung gandum
  • 380 ml susu segar
  • 125 ml minyak sayuran
  • 20 g gula kastor
  • 1 sudu teh baking powder
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:
  • Pukul telur hingg kembang, kemudian masukkan kesemua bahan seperti tepung, susu, minyak sayuran, gula, baking powder, garam dan esen vanila.
  • Pukul semua bahan tadi hingga menjadi satu adunan yang sebati.
  • Panaskan acuan pembakar, sapu sedikit minyak dan tuangkan bancuhan tadi.
  • Masak sehingga warnanya bertukar keemasan. Letakkan hiasan yang enak dan digemari dan hidangkan panas-panas.



Tuesday, 8 September 2015

Ayam Pandan

      Sya dapat idea nak tulis resepi ni sebab baru tengahari tadi ummi Sya Masak ayam goreng pandan. Hehehe... :)


Ayam Pandan



Bahan-bahannya:
(Untuk 8 orang)

  • 1/2 ekor ayam (1 kg)

Bahan A:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar santan pekat (terpulang mengikut citarasa)
  • 1 sudu besar madu
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun pandan
  • Minyak untuk menggoreng penuh

Cara membuatnya:
  • Bersihkan ayam dan potong kepada saiz yang lebih kecil.
  • Kisar semua bahan A sehingga halus dan gaul bahan yang dikisar bersama ayam, madu, santan, garam dan gula. Perapkan selama beberapa minit.
  • Balut ayam dengan daun pandan sehingga tertutup sepenuhnya. Cara membungkus adalah seperti membuat ketupat palas.
  • Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tidak terkeluar dari daun pandan.
  • Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  • Setelah siap dibungkus, goreng hingga kuning keemasan dengan api sederhana.
  • Angkat dan sedia untuk dihidang.

Yeay! Boleh Makan!




Sunday, 6 September 2015

Pancake Ceria Selalu

      Tadi Sya ada terjumpa satu resepi ni. Nampak macam best je.Kebetulan masa tu tengah berniat nak update blog. Jadi apa salahnya kalau nak berkongsi ilmu, kan? Hehehe...


Pancake Ceria Selalu



Bahan pancake:
  • 1/3/4 cawan susu
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/3 cawan gula kastor

Bahan hiasan:
  • Coklat, dicairkan
  • Keju
  • Buah strawberi
  • Buah ceri
  • Madu
  • Margerin

Cara membuatnya:
  • Campurkan kesemua bahan pancake sehingga sebati.
  • Masakkan diatas kuali leper sehingga keperang-perangan dan gebu.
  • Apabila sudah siap, hiaskannya dengan coklat cair, keju, strawberi, ceri, madu dan margerin.

Tip:
  • Untuk pancake yang lebih comel, kita boleh pelbagaikan bentuk pancake dengan acuan yang berbeza.
  • Boleh juga menggunakan bahan yang lain untuk hiasan mengikut kreativiti sendiri sebab Sya tahu korang semua ni memang kreatif.


Saturday, 5 September 2015

Strawberry Sandwich Cookie

      Krap! Krup! Wah, nampak macam sedap je biskut ni. Mesti best kan kalau dapat rasa. Dinikmati pula dipetang hari yang damai, angin bertiup sepoi-sepoi language. Haa... Kalau nak, buatlah sendiri! Jangan risau, di bawah ini terdapat caranya:


Sorilah takde gambar, sebab belum buat lagi. Hehehe...
Bahan-bahannya:
  • Biskut marie
  • 75 ml krim putar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil esen oren
  • 1 titik pewarna merah jambu
  • 1 sudu besar gula aising

Bahan hiasan:
  • Cip coklat
  • Strawberi, dihiris

Cara membuatnya:
  • Pukulkan krim putar bersama esen vanila, esen oren, pewarna dan gula aising sehingga kental.
  • Sapukan krim diantara dua keping biskut marie.
  • Sapukan lagi krim diatas biskut dan hiaskan dengan hirisan strawberi.
Tip:
Boleh juga gunakan perisa coklat untuk topping biskut.


Salam Perkenalan Semua!

      Assalamualaikum semua! Selamat datang ke blog yang tak seberapa ni. Saya harap semua pembaca berada di dalam keadaan yang baik, sihat walafiat dan gembira sentiasa di samping keluarga tercinta. 

      Sebenarnya tujuan utama Sya buat blog ni untuk berkongsi pelbagai resipi masakan yang menarik. Tujuan lain pula adalah untuk mengisi masa lapang yang terluang. Tak adalah boring sampai nak termenung depan pintu. Buang masa saja. Lebih baik mengetuk keyboard depan komputer. Memandangkan ini ialah entri pertama saya, marilah saya perkenalkan diri terlebih dahulu:



Biodata Diri Saya

Nama: Hannan Batrisyia Binti Ghazali.

Nama panggilan: Sya/ Isyia/Syasya.

Umur: 11 tahun.

T.lahir: 16.10.2004.

Tempat lahir: Hospital Kota Tinggi.


Nama ibu: Noor Hamimah Binti Khamis.

Nama bapa: Ghazali Bin Isahak.

Nama adik: Haris Uqail Bin Ghazali.

E-mail: hannanghazali@gmail.com.

Hobi: Membaca.

Cita-cita: Saintis.

Kawan baik: Wani Afrina.

E-mail kawan baik: waniafrina@gmail.com.



(Kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog ini selalu) :D